Kami warga SMK St. Xavier dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
MURID
- Memastikan pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual waktu kelas
- Memastikan keselamatan pelajar terjamin semasa berada dalam kawasan sekolah
- Memastikan setiap pelajar terlibat dalam sekurang-kurangnya 3 aktiviti kokurikulum
- Memastikan semua pelajar dapat akses kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
- Memastikan setiap pelajar mempunyai ID dan kata laluan untuk login Google Classroom dan platform e-pembelajaran yang lain
- Memastikan penyediaan makanan oleh pihak kantin sekolah adalah berkhasiat, bersih, dan harga berpatutan
- Memastikan semua murid mendapat buku teks
- Memastikan tandas murid dibersihkan 3 kali sehari
- Memastikan kebajikan murid dijaga pada setiap masa
- Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran yang kondusif dan harmoni supaya murid dapat memperoleh pendidikan yang terbaik
- Memastikan kesejahteraan psikologi murid diberi perhatian
- Menyediakan peluang akses dan ekuiti yang sama rata untuk semua murid.
GURU
- Memastikan setiap guru mendapat minimum 42 mata kredit setahun • Memastikan semua guru mendapat jadual waktu mengajar, direktori sekolah dan buku rekod mengajar sebelum bermula sesi persekolahan
- Memastikan kesejahteraan psikologi guru
- Memastikan bilik guru berada dalam suasana yang bersih, ceria dan kondusif
- Memastikan bimbingan dan pementoran diberikan kepada semua guru
- Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut opsyen
- Memastikan agihan tugas yang diberi secara adil dan seimbang
- Memastikan penilaian prestasi guru dibuat secara adil dan profesional
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA – AKP
- Memastikan setiap AKP mendapat minimum 42 mata kredit setahun
- Memastikan semua AKP mendapat panduan menjalankan tugas
- Memastikan kesejahteraan psikologi AKP
- Memastikan pejabat dan makmal ceria, kemas dan kondusif untuk bekerja
- Memastikan bimbingan dan pementoran diberikan kepada semua AKP
- Memastikan agihan tugas yang diberi adil dan seimbang
- Memastikan penilaian prestasi dibuat dengan adil berdasarkan sasaran kerja tahunan
IBU BAPA
- Menguruskan pendaftaran murid dengan cekap dan sistematik
- Memberikan layanan yang mesra kepada ibu bapa dan penjaga yang berurusan di pejabat
- Memastikan semua aduan dan rayuan diproses dalam masa 2 hari
- Memastikan ibu bapa atau penjaga mendapat keputusan dalam masa 3 minggu selepas ujian atau peperiksaan
- Memastikan ibu bapa atau penjaga mendapat notis sekurang-kurangnya 3 hari sebelum aktiviti atau program sekolah
PEMEGANG TARUH
- Memastikan setiap arahan daripada PPD, JPN dan KPM dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan
- Melaksanakan program anjuran PPD, JPN, KPM atau agensi luar mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah
- Memastikan kerjasama yang baik dan perhubungan yang positif dengan Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Persatuan Bekas Murid Sekolah.