Misi Sekolah

Kami berdedikasi untuk menyediakan organisasi pendidikan  cemerlang yang berpusatkan pelajar. Kami menyediakan pendidikan  berkualiti tinggi berasaskan nilai dan membangunkan potensi individu  secara holistik agar dapat menangani cabaran global dan menjadi  anggota masyarakat yang produktif. 

We are dedicated to establish a student-centred organisation  delivering excellence in education. We provide value-based high quality education and nurture holistic individuals who are able to  tackle global challenges and become productive members of society.  

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…….

ORGANISASI PENDIDIKAN CEMERLANG YANG BERPUSATKAN PELAJAR  

  • Meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) dalam menghadapi dunia pekerjaan
  • Perubahan peranan pendidik daripada pengajar kepada pemudah  cara 
  • Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran bertaraf pendidikan abad  ke-21 
  • Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi 
  • Membudayakan amalan komuniti pembelajaran profesional sebagai  strategi Pembelajaran Abad ke-21 
  • Menyediakan prasarana organisasi yang menyokong pembelajaran  dan pengajaran

PENDIDIKAN BERKUALITI TINGGI BERASASKAN NILAI  

  • Insan yang mempunyai sahsiah terpuji
  • Menghormati orang lain
  • Tekun dalam melaksanakan tanggungjawab
  • Modal insan yang mempunyai pencapaian potensi tertinggi
  • Mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf dunia
  • Mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi
  • Menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat 
  • Menghayati hakikat kepelbagaian 
  • Menyedari kepentingan keadilan sosial 

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU SECARA HOLISTIK

  • Kerohanian yang baik
  • Tahap moral yang tinggi
  • Emosi yang matang
  • Kecemerlangan intelek dan jasmani

MENANGANI CABARAN GLOBAL DAN MENJADI ANGGOTA MASYARAKAT YANG  PRODUKTIF 

  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Melakukan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Amalan budaya pembelajaran sepanjang hayat
  • Keupayaan bersaing dalam pasaran kerja
  • Modal insan yang boleh diterima di pasaran antarabangsa
  • Menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara
  • Menyumbang kepada kesejahteraan negara
  • Melahirkan warganegara berpendapatan tinggi