Memastikan supaya segala urusan dan pentadbiran bagi kebajikan murid berjalan dengan sempurna, selaras dan tersusun untuk mencapai Dasar Pendidikan Negara.
Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
Memastikan tahap disiplin murid terkawal dan mengurangkan gejala yang negatif dalam kalangan murid
Memastikan Pengurusan SPBT dikendalikan dengan baik dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Memastikan pengurusan kebajikan murid dan kesihatan murid dapat diuruskan dengan baik.
Menyediakan hubungan dan kerjasama yang erat dengan PIBG dan agensi luar bagi menjamin kesinambungan pendidikan dilaksanakan sepanjang hayat.