Rabu,10 April 2024 (1 Syawal 1445H)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H/ 2024
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PROGRAM IFTAR SXI RAMADAN 1445H/2024
Rabu, 3 April 2024
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Program Iftar SXI Ramadan 1445H/2024. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengetua, PKP, PKKk dan Pengerusi PIBG bagi bersama-sama meraikan majlis yang berlangsung.
AGIHAN DODOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI SXI
Isnin, 1 April 2024
Agihan dodol mini sempena hari raya aidilfitri 1445H telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya sekolah. Agihan telah diberikan kepada para pelajar dan guru-guru.
AGIHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Isnin, 1 April 2024
Agihan bantuan pakaian seragam sekolah kepada pelajar terpilih telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Goh Hong Peng. Bantuan ini telah ditaja oleh salah seorang Alumni SXI, Encik Tan Kee Aun. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Tan Kee Aun.
PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE SESI 2024/2025
Isnin, 25 Mac 2024
Program Mentor Mentee sesi 2024/2025 telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua SXI, Mr Goh Hong Peng.