Eduweb TV

Eduweb TV PDF Print E-mail
Pengenalan

EDUWEBTV merupakan satu laman web khas yang bercirikan pembelajaran berbentuk digital. Selaras dengan perkembangan negara dan kehendak semasa penonton, EDUWEBTV telah mempelbagai jenis rancangan dan memperluas kumpulan sasar.

EDUWEBTV ini diterbitkan kepada pelajar, guru dan masyarakat. Ianya memuatkan semua rancangan yang terdapat dalam TV Pendidikan. Perbezaannya dengan TV Pendidikan ialah EDUWEBTV ditayangkan melalui komputer atau lebih spesifik lagi melalui penggunaan internet berbanding TV Pendidikan yang ditayangkan melalui televisyen. Oleh hal demikian, guru perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran menggunakan komputer serta internet. Ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan EDUWEBTV berjalan dengan lancar.

(Dirujuk melalui tesis Tahap Penggunaan TV Pendidikan Dan Tahap Kesediaan Penggunaan EDUWEBTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Johor Bahru Johari Hassan & Nor Hafiza Azne Abd Aziz, Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.)

Penggunaan

Boleh diakses 24 jam sebagai alat bantu mengajar untuk guru dan pembelajaran untuk murid. Video-video boleh dimuat turun dengan melayari http://eduwebtv.com

 

Soalan-soalan lazim

1.  Apakah itu EduwebTV?

EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui Internet.

 

2.  Apakah Bahagian Kementerian Pelajaran yang menguruskan EduwebTV?

EduwebTV diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

 

3.  Siapakah yang boleh mengakses EduwebTV?

EduwebTV bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet. Pengguna boleh berdaftar sebagai guru atau ahli biasa. Mereka yang berdaftar sebagai ahli (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek (shortlist) bahan yang diperlukan.

 

4.  Adakah yuran atau pendaftaran diperlukan untuk menonton EduwebTV?

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan.

 

5.  Bagaimana cara mengakses EduwebTV?

EduwebTV boleh diakses melalui Internet dengan menggunakan alamat http://eduwebtv.com/

 

6. Apakah spesifikasi asas yang diperlukan untuk mengakses EduwebTV?

Anda hanya memerlukan talian Internet, komputer dengan sekurang-kurangnya Pentium 3, 8MB RAM, Windows Media Player Versi 9 (dan ke atas), dan Windows XP Operating System (dan ke atas).

 

7.  Apakah bentuk rancangan yang ada dalam EduwebTV?

EduwebTV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.

 

8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk mengakses bahan
video dalam EduwebTV?

Sila hubungi Meja Bantuan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) di talian 1-800-88-4774 atau 03-77237070 yang beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).